Snek Buang Angin oleh AlamiSnackLab : Bagaimanakah Ianya Bermula


Bismillah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kami telah dikurniakan anak ke-6 pada awal Januari tahun 2016.

Sepanjang saya melahirkan anak-anak kami, saya hanya berpantang di rumah sendiri dengan sokongan suami dan adakalanya ibu saya (anak pertama, ke-2, ke-4). 

Namun begitu, Allah Maha Kaya telah mendatangkan ilham pada suami semasa saya berpantangkan Hannah. Beliau begitu mengambil berat tentang apa yang saya makan ketika berpantang.

Ibu-ibu yang melahirkan dan menyusukan anak memang akan sentiasa rasa haus dan lapar. Selain air, beliau sering mencuba memasak sendiri masakan lain selain nasi, lauk, dll untuk saya kunyah ketika lapang dan bila terasa lapar.

Semasa kami bermula

Maka, terhasillah snek yang mengandungi bawang merah, bawang putih, halia, ikan bilis dan lada hitam.
Malah pernah juga dicuba membuat biskut yang boleh dimakan oleh ibu-ibu berpantang.

Makanan berpantang ini adalah menu yang sihat, menu asas, tidak melibatkan proses yang banyak, malah boleh diambil oleh orang yang sedang mencuba mengawal berat badan.

Dari tiada nama, kemudian kami mencari nama untuk snek ini. Yang kami namakan sebagai Snek Buang Angin.

Kemudian, berentetlah percubaan demi percubaan. Dan tanpa diduga kami mula menerima tempahan.

Dari Snek Buang Angin, kami variasikan lagi menjadi Crispy Garlic (Bawang Putih Rangup) & Crispy Ginger (Halia Rangup).

Kini kami dalam proses membuat percubaan demi percubaan lain yang sesuai untuk ibu melahirkan, anak-anak dan juga semua golongan yang mementingkan kesihatan dan sedang mencari alternatif kepada snek yang lebih sihat.

Dengan izin Allah swt, di dalam blog ini juga kami akan selitkan dengan menu berpantang, menu untuk bekal anak ke sekolah, menu sihat, artikel tentang kesihatan dan menu untuk orang yang sedang cuba menurunkan berat badan.

Kami juga pernah membuat satu program untuk menurunkan berat badan suami. Beratnya yang terdahulu adalah 97 kg, terkini kekal di 75 kg. Sekiranya anda pernah mengikut kami di facebook, anda akan tahu tentang cerita ini, malah kami menyediakan satu album khas untuk tujuan itu.

Untuk sebarang tempahan SnekBuangAngin, jangan lupa klik - 




SUE & ADHA
Founder
AlamiSnackLab
@AlamiHaven
Suealeen Enterprise (SA0234788-H)

Comments

Popular Posts